TEMPAT MAKAN BEST .:. ONE GARAGE, M MALL PENANG TIMES SQUARE

9:00 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. ONE GARAGE, M MALL PENANG TIMES SQUARE


TEMPAT MAKAN BEST .:. ONE GARAGE, M MALL PENANG TIMES SQUARE


Assalamualaikum. Holla ~

Good morning Monday ! Back to work after a short escape. Okeh ! Yang tu aku cerita nantilah ye. Hari ni nak share pasal satu tempat makan yang best lah. Best kalau nak makan sesaja, best kalau nak makan buat kunyah-kunyah, best kalau bawak kiddos.... Sebab kat sini, guna imagination and skills which kiddos will develop it fast compared to us ! T_T

Tempat yang aku maksudkan tu ialah One Garage. Lokasi One Garage ni ialah di M Mall, Penang Times Square. Haaaa... Ko hengat, KL ja ado Times Square ? Penang pun hado okeh. Lokasi nak ke Penang Times Square, boleh check kat bawah.



Kalau tak sure cemana rupa One Garaga tu, haaa... Macam ni lah ! Spot this inside M Mall hokey ! Senang je nak cari, jangan riso ye.




Apa yang best kat sini ? Kat sini, boleh DIY pancake yang dimahukan mengikut citarasa sendiri. For kiddos yang susah nak makan kan, sini sangatlah sesuai. Bagi kiddos, buat shape pancake yag diingini, then mesti derang makan kan..

Untuk flavor pancake hari tu, One Garage telah menyediakan flavor buttermilk, chocolate and pandan. Sedap chocolate dia tu. As usual, weekend memang boleh dikatakan FULL HOUSE. So, kalau takut kecewa, boleh booking dulu.




So, disediakan jugak topping untuk pancake tu nanti. Macam hari tu, ada chocolate chip, strawberry and bacon. Untuk sauce pulak ada lemon curd. Manis lawan masam memang kena sangat lah kan. Oh yaa ! Untuk setiap flavor untuk pancake tu, harganya berbeza. Boleh check dalam menu dulu ye nanti. ^_^ 

Selain itu, ada jugak sudip dan non stick pan. Ngeh2 Men tengok hasil kerja familia Projek Blogger Utara. Tak cantik, kutuk  dalam hati sensorang je hokey ! 







Selain itu, familia Projek Blogger Utara jugak telah dijamu dengan Blueberry Pancake with Lemon Curd. Yang ni sedap ! Kena try ! Slappy benedict, chicken chop. Chicken chop pun sedap sangat. Recommended jugak ! Ada jugak kids dish. Dah makan memanis, mesti kena lawan ngan benda yang masam kan. So, lemonade are serve for free.








One Garage jugak menjemput band tempatan untuk menjadi halwa telinga para pengunjungnya. One Garage menyediakan tempat untuk disewa khas untuk majlis rasmi mahupun tidak. Contohnya macam private meeting ataupun birthday party. Ruang tersebut tidak dikira sewanya, tapi hanya perlu memesan makanan dari pihak One Garage and you are entitle for that place. Sangat selesa dengan konsep dia. Banyak section jugak in case ramai, so tak delah bersesak kat satu bahagian ja.










Moh tengok aksi familia Projek Blogger Utara . Khusyuk kan CP melukis ? Heee








Untuk lunch, pun ada set dia tau. Cepat sikit dari nak order yang biasa tu kan. Egg benedict pun ada macam-macam style. Pilih jaaa !




Terima kasih kepada pihak One Garage kerana telah sudi menjemput familia Projek Blogger Utara merasai pengalaman berbeza ni. Terima kasih jugak kepada Marketing Manager Projek Blogger Utara, Kak El. Tanpa mu, siapalah kami. Hiksssss

Yang berminat untuk singgah ke One Garage, boleh refer bawah ni untuk alamat penuh One Garage ye.

One Garage
Ground Floor MM O2O Penang Times Square
Jalan Dato Keramat
Tel: 04-296 9580
Open: 11am-11pm


You Might Also Like

9 comments

  1. best sgguh ada tmpt gini.. sdp lak tgk gmbr..hehe

    ReplyDelete
  2. Taktau plak penang ada tmpat mcm ni. Bru balik dri penang emmmmm

    ReplyDelete
  3. kena p jugak la wlaupun tak freee.. hahahah

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak balik penang...rumah nenek julia kat sana lah...nanti leh bawa nenek mai makan sini...menarik lah dan nampak ekslusif

    ReplyDelete
  5. bleh bawak bini2 makan sama sni ni. heheeheh

    ReplyDelete
  6. amboi sakan depa berposing haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored